Perkhidmatan Saringan Asas Kesihatan
24 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 23 April 2026, pihak NADI (Pusat Sebaran Maklumat Nasional) di bawah Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) telah dijemput untuk bekerjasama dengan Perpustakaan Desa Tambun Tulang, para pelajar serta tenaga pengajar dari Kolej Komuniti dalam penganjuran program Jom Membaca 2026.
Sempena program tersebut, pihak NADI telah menyediakan perkhidmatan saringan asas kesihatan kepada semua peserta, termasuk pelajar, tenaga pengajar dan kakitangan Kolej Komuniti. Antara pemeriksaan yang dijalankan termasuk pengukuran tekanan darah, paras gula dalam darah, kadar oksigen, dan indeks jisim badan (BMI).
Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan di samping memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Program ini turut memperlihatkan kerjasama erat antara pelbagai pihak dalam menjayakan aktiviti yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: